Thursday, August 6, 2009

Gamma Projector lost ...


Usaha kesan projektor gamma diteruskan

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jabatan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memandang serius kehilangan satu unit projektor gamma yang mengandungi radioaktif milik Syarikat Danamin (M) Sdn. Bhd. di Paka, Terengganu tiga hari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan berkata, sebagai tindakan segera, pihaknya telah mengarahkan Ketua Cawangan Zon Timur AELB di Kemaman ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

''Mereka tiba ke tempat kejadian bersama anggota polis dan menjalankan operasi mencari di sekitar tapak stor dan diperluas ke premis pembeli besi lusuh di kawasan berhampiran.

''Bahan radioaktif itu dijamin selamat sehinggalah orang tidak terlatih mengeluarkannya ataupun membukanya.

"Jika ini berlaku, ia membahayakan orang ramai dan pihak kami akan terus melakukan operasi mencari dan menyelamat,'' kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan juga telah dimaklumkan untuk berwaspada kes pesakit yang menunjukkan tanda kesan bahan radioaktif tersebut.

Katanya, bahan radioaktif dalam kategori dua itu boleh mendatangkan kecederaan jika dikeluarkan, dipegang atau terdedah dalam lingkungan kurang daripada satu meter seperti melecur.

Menurutnya, dalam memastikan keselamatan orang awam dan alam sekitar terpelihara, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat terbabit akan bekerjasama menjalankan usaha mencari dan menyelamat selama dua tahun.

''Ini berdasarkan fakta bahan radioaktif ini mempunyai hayat pendek selama dua tahun dan akan kembali kepada keadaan terkawal selepas tempoh tersebut,'' katanya.

Abdul Aziz turut menyarankan mana- mana pihak yang mempunyai maklumat yang berkaitan agar melaporkan kepada Jabatan AELB melalui talian 019-2873450, 012-3237006, 012-3130510 atau melaporkan ke balai polis berdekatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm


3 comments:

  1. sape2 yg amek gamma projector tu bek plgkan.. satgi ad yg nyanyi lagu pulgkan lak...
    hehe

    ReplyDelete
  2. kepada sesiapa yg mencuri, insaflah..
    kembali la ke pangkal jln..haha...
    bahaya wei bnde tu.. cr cpt2...
    jom kumpul geng mr cr gamma projector..

    ReplyDelete
  3. aku tau ko rajen bangat cari in.. gi la carikkan ..pnjam kete sewa bro zul,hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails