Saturday, October 30, 2010

Pengalaman.. Jadikan Motivasi Sempena Exam Ya!


Dipetik dari sebuah blog MedRad 4th Year,.. (aku mengelak guna MR sebab membayangkan maksud lain kepada pelajar2 Medic yang perasan terer tu,heh

Blog Tehah, ada la sama ngan pengalaman aku,tapi lain sikit kot..
Kisahnya bermula...

>>>hari jumaat lepas,kami( budak2 final year PPSK) ada attend satu seminar kt UMK.. pasal nak merebut masa depan. how to create a good cover letter, great resume and look gorgeous in attending interview..basically, tip2 asas tu majoriti student dah tahu, cuma cara perkemaskan, cara nak menjual kebolehan tu yang kene diperbaiki.


penceramah tu keep asking soalan2 mencabar minda. salah satu yang membuat kita terfikir;


soalan interview: kenapa kamu memilih bidang ini??


jawapan 1: fate

jawapan 2: UPU tetapkan

jawapan 3: kalau xpergi sini, nanti tak boleh sambung belajar(rugi xde degree)

jawapan 4: parents suruh


ada jawapan lain yang ilmiah, tapi jawapan nak lepaskan diri dan salahkan orang lain pon ada..(seperti di atas)


betulkah kita xdiberi pilihan??YAKIN?? kalau betol kita xsuka pilihan tu, kenapa kita memilih untuk SETIA sampai dah tahun akhir?

sebenarnya kita yang memilih, cuma sedar xsedar kita yang mengatakan YA..tapi bila berlaku salah, kita salahkan pada takdir.


*********************************************************

time kat SEMSAS dulu, aku adalah antara orang yang xberminat nak pergi USM..bukan apa, every year USM datang buat promotion kat sekolah aku, sampai aku rasa majoriti kawan2 aku letakkan target USM as their main choice. macam nnt USM adalah rumah kedua SEMSAS. sampaikan bila ada faci2 UIA datang SEMSAS, bila tanya rancangan jangka panjang, mereka cam mengeluh, tanya xda siapa ke nak masuk UIA?



tapi masa berubah. sekarang ni boleh kira dengan jari siapa yang di USM...aku yang xnak pulak pergi sni..tapi yeke USM bukan pilihan?



aku kenal kos sinaran perubatan USM ni time matrik pahang. masa tu ada karnival Universiti2. mula2 cam biasa la, aku nak skip booth USM, sekali dorang panggil. time tu ada satu sesi2 soal jawab(kadang2 aku memang banyaaaaaaaaaakkkk tanya).. sekali mereka suggest aku kos ni..


" adik budak fizik kan?sinaran perubatan ni untuk budak fizik je..tapi yang bestnya, nanti adik akan kerja hospital"


" kos ni mcm mana ye??"


" saya xberapa pasti..tapi yang tahunya, kos ni belajar pasal machine2, pasal applied fizik dalam perubatan"


dan aku dengan berkobar2nya, time isi UPU, USM(sinaran perubatan) adalah pilihan pertama.


tapi bila belajar susah, aku mula terfikir kenapa aku memilih kos ni...tetapi sekarang dah 4th year..aku yang memilih jalan ni..so belajar teruskan hidup tanpa menyalahkan takdir yang membawa aku ke sini<<<

p/s: rasa nak tulis jugak sebab apa aku pilih,... sebab berangan nak gi UTM sebenarnya. Masa orentasi ada sorang PPMS tanya sapa yang USM ni 1st choice, aku tak angkat tangan,haha. Sebab USM tu 4th choice lepas UTM,UKM, dan UM. Apa2 la,dah rezki...

Wednesday, October 6, 2010

Letih

Owh,tak mampu nak fikir nak wat post tentang apa. mungkin life as a radiation student kot
...

Wednesday, July 28, 2010

salam perjuangan....

buat semua sahabat2 MR 3rd year semua,,,, masih belum terlambat kot utk aku ucapkan selamat menghadapi sem baru... semoga sem baru ni buat kita semua lebih semangat dan bersedia menghadapi semua cabaran di hadapan...

tak lupa gak..salam nifsu syaaban.....

Tuesday, March 2, 2010

Kredit CINTA: Mawar Tetap Berduri



Di Ambang CINTA Bersemi

Farah sama seperti mana-mana gadis di ambang pertemuan dengan suaminya, mahu tampil secara terbaik di hari pernikahan dan majlis walimah nanti. Farah bertanya Syam, pakaian apa yang mahu dipakai agar mereka boleh tampil sedondong. Farah teringin memakai sepasang songket atau mana-mana baju yang cantik-cantik disewa di kedai pengantin.

Apa pandangan Syam?

“Tidak perlu rasanya. Membazir sahaja”.

Ada benarnya pendapat Syam. Farah sudah ‘survey’ dibeberapa kedai pakaian pengantin. Kos sewanya beratus juga. Sewa beratus untuk dipakai sehari sahaja memang membazir. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.

Bila disebut membazir, Farah berusaha melawan kehendak nafsu. Nafsu yang dituruti, seronoknya sekejap cuma. Selebihnya hanya perasaan menyesal yang menjadi teman. Lebih-lebih lagi, Farah mahu pertahankan prinsip untuk mendapat barakah dalam perjalanannya bertemu peneman cintanya sepanjang hayat, insya Allah.

Iya lah… siapa yang tidak teruja mahu berhias sebaik mungkin pada hari bergelar raja sehari. Fitrah wanita memang begitu; suka melawa dan suka benda yang cantik-cantik.

Sebagai gadis yang memahami dasar-dasar Islam, Farah akur sahaja pada pandangan Syam. Tidak perlu lagi berpolemik tentang hal remeh begitu. Sebagai alternatif, Farah membeli kain sendiri dan menghantar ke kedai jahit. Pakaian sendiri lebih menguntungkan kerana boleh dipakai berulang kali. Apa yang penting ialah, jenis kain dan potongannya selesa di pakai sepanjang masa.

Farah masih boleh memenuhi naluri kewanitaannya tanpa membelakangi syarak. Farah beli kain yang berkualiti dengan harga yang sederhana. Bukan sekadar pakaiannya sederhana, kad jemputan juga di tempah yang sederhana juga. Ia sudah mengambil kira pandangan ibubapa dan abang yang membantu. Menurut pemerhatian mereka dan juga Farah, lazimnya kad-kad jemputan yang cantik, mewah dan mahal itu akan dibuang begitu sahaja oleh para penerima jemputan. Bukankah ia membazir juga?

Allah berpesan di dalam surah al-Isra’, ayat 27,

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Bagaimana mahu mendapat reda dan barakah dari Allah jika dalam masa yang sama kita bersaudara dengan syaitan? Farah fikir ia sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh para pengharap reda Allah. Minyak dan air tidak mungkin bercampur. Itulah perumpamaan yang mudah difahami. Bila disebut syaitan, ia lambang kekufuran mutlak satu makhluk kepada penciptanya.

Keadaan semasa masyarakat perlu menurut acuan Islam, barulah boleh menurut mereka. Jika ia bertentangan dengan dasar-dasar Islam, maka wajarlah dipertahankan prinsip tersebut tanpa mempedulikan pandangan mereka. Fungsi kad jemputan ialah memberitahu atau memaklumkan tentang tarikh majlis walimah, lokasi dan masa. Justeru melalui kad yang sederhana sahaja sudah memenuhi maksud tersebut. Namun, jika terdapat kad yang cantik dan berkualiti tetapi harganya murah, ia masih boleh dipertimbangkan.

Sumber: cache.daylife.com

Akad Melimpahkan Mawaddah dan Rahmah

Hari akad menjelang tiba, Farah berhias secara sederhana bagi menyambut bakal suami. Berpakaian serba putih dan make up yang nipis, Farah menunggu di ruang wanita di rumahnya. Farah tidak keluar ke hadapan tetamu yang terdiri dari imam, bapa, adik beradik lelaki dan tetamu ajnabi yang lain. Perhiasannya hanya untuk suaminya dan lelaki bertaraf mahram yang harus melihatnya. Ia tidak akan dikongsi dengan orang lain yang tiada kena- mengena.

Farah bersungguh-sungguh mahu menjadi mawar berduri, indah dipandang mata kerana memelihara syariat. Apa gunanya berhijab sejak berusia 12 tahun, namun pada hari pernikahan, hijab dicabul dalam masa tidak sampai sejam! Hilanglah duri yang mengawal mawar selama ini. Ia bukan kehidupan dan tidak menjadi impian mana-mana gadis solehah.

Hijab perlu difahami dengan konsep yang lebih luas dari sekadar menutup aurat. Antara konsep hijab selain menutup aurat dengan sempurna ialah tidak bersolek seperti wanita jahiliyyah, menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi, tidak menghentakkan kaki untuk menzahirkan bunyi gelang yang dipakai dan tidak melunakkan@memanjakan suara bila berkomunikasi dengan lelaki ajnabi.

Farah perhatikan ramai gadis terlepas pandang akan hal ini di zaman sekarang. Para bapa pula tidak bertegas meskipun mereka terdiri dari pejuang-pejuang Islam. Sebelum majlis bermula, sebagai wali, ayah Farah membawa dokumen ke bilik Farah untuk ditandatangani. Itulah yang sepatutnya. Bukannya Farah yang keluar ke hadapan lelaki ajnabi yang berada di ruang tamu. Farah penuh mengharap pada rahmat Ilahi agar memberkati majlis walimahnya.

Barakah…barakah…barakah Ilahi…

Ia amat penting bagi Farah mengatasi segala nikmat yang ada di dunia ini. Bukankah Farah sudah berikrar, cintanya pada manusia adalah selepas cintanya pada Allah dan rasulNya? Jadi tiada manusia yang akan berjaya merentap prinsipnya itu selagi Allah bersama Farah; memberikan kekuatan dan menetapkan hatinya di atas iman dan taqwa.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Adam sah menjadi suami Farah. Seusai akad dilafazkan, satu perasaan indah- sungguh indah dan mendamaikan-mengalir tenang di seluruh sanubari. Inikah janji Allah tentang mawaddah dan rahmah? Ia jauh berbeza dari perasaan semasa Farah meminati seseorang atau selepas menerima lamaran si jejaka yakni di alam pertunangan. Ia tidak sekali-kali akan dinikmati kecuali dengan akad yang direstui Ilahi dan restu kedua ibubapa.

Seusai doa dipanjatkan oleh imam dan anggota keluarga yang hadir, Syam melangkah masuk ke bilik menemui Farah. Kemudian pasangan yang baru bergelar pengantin ini solat hajat berjemaah. Selesai solat, Syam meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun Farah dan membaca doa. Kemudian Farah menyalami tangan Syam buat kali pertama dan mencium tangannya dan Syam pula mengucup dahi Farah.

“Kenapa ye…tiba-tiba sahaja abang merasa sayang sangat pada dinda ”, itulah kata-kata yang terluah selepas mereka bersalaman.

Lidah Farah kelu tidak dapat berkata. Rupa-rupanya Syam juga sedang mengalami perasaan mawaddah dan rahmah yang mengiringi akad sebentar tadi. Mereka terdiam. Hanya hati yang dapat menafsir emosi yang berterusan membuak di dada.

Benarlah janji Allah.

Benarlah janji Allah.

Sesungguhnya beruntung sekali hamba yang percaya padaNya dan mentaatiNya sepenuh jiwa dan raga.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah al-Rum; 21

Perasaan kasih kurniaan Allah amat berbeza dengan perasaan cinta ciptaan syaitan. Bagai warna hitam dan putih. Dari sudut mana pun, ia tidak sama.

Sungguh beruntung beriman kepada Allah.

Ini baru nikmat di dunia. Kebahagiaan di akhirat lebih kekal abadi.

Sungguh beruntung sekali.

Ya Allah, segala syukurku hanya untukMu…

Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani…

Segala puji hanya untukMu…

Yang menepati janjiMu…

Dan memilih daku untuk menjadi hambaMu yang beriman dan menyintaiMu dan rasulMu..

Ia sebuah cinta yang agung… milik para nabi dan rasul.

Ya Allah… tetapkanlah hatiku untuk menyintaiMu…

Hingga ke hembusan nafas terakhir…

Ya Allah… Sudah Engkau pertemukan dengan kekasih duniaku…

Aku ingin pula bertemu denganMu…

Melihat wajahMu nan indah… Di akhirat kelak…

Perkenankanlah Ya Allah…

Engkau terlalu baik padaku…

Tidak terbalas segala nikmatMu…

Dan ampunilah segala dosaku…

Salam dan selawat buat kekasihMu, Muhammad, para keluarga dan sahabatnya.

Farah mengiringi rasa gembira dengan lambakan syukur kepada Allah.

Inilah buah kesabaran menyimpan cinta!

Ummu Abbas

5.56am

8 Safar 1431H

Sunday, January 31, 2010

PRK 2009/2010


Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya berbunyi :
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan."
(Surah Al-Maidah : 2)

KONSTITUENSI UMUM :
Jazimah Ramli (1474 undi) vs Shahriza Md Desa (580 undi)
Undi Rosak (109 undi)

KONSTITUENSI PPSK :
Nurhamizah Mohamad Rafiuddin (547 undi) vs Nur Shafawati Abd Rahni (450 undi) vs Mohd Safwan (337 undi) vs Ariefuddin (247 undi)
Undi Rosak (137 undi)

KONSTITUENSI PPSP :
Siti Aminah Alawiah Muhd Mukhtar & Mohd Azmi Hisam(Menang tanpa bertanding)

KONSTITUENSI PPSG :
Tan Sze Jun (Menang tanpa bertanding)

*TAHNIAH dan TAKZIAH kepada yang menang, terutamanya kepada Saudari Jazimah binti Ramli, yang menang dengan majoriti besar, sebanyak 894 undi. Moga dapat laksanakan tanggungjawab anda, dan memegang amanah kami semua sebaik mungkin. InsyaAllah. (p/s : Nama yang dibold, adalah nama yang menang konstituensi masing-masing).,
"The More We Care, The More We Act"



Susu kambing,rajin minum tak??

Assalamualaikum...

entah ada kaitan atau x? hehe,buat bahan bacaan je...

tengah syok2 tengok blog orang,jumpa la pasal kambing dan segala yang berkaitan.Rupanya daging dan susu kambing elok untuk kesihatan...

Senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. Orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. Itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing, daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

Kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu, ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab DNA lembu tidak terurai. Jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. Apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. Masyaallah..na'uzubillah.

Nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.

Sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. Di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  • Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  • Kolestrol daging lembu dan ayam.
  • Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  • Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
  • Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
  • Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.

Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging bUrger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

source: baca lagi??


Monday, January 25, 2010

Meeting dan lain2...

MedRad ni macam2...

ohow,
ada yang suka sukan,
ada lak yg suka gelak sakan...

ada yang suka wat terook,
ada pulak yang suka loyar buruk...

ada yang suka bikin event,
ada pulak yang suka gi jalan2...

ada yang suka internet,
ada lak yg suka men bayonet(ad ke,hihi)...

ada yang jadi NYDP,
ada lak yg nak jadi MPP...

haha..kantoi2...
bagusla ad wakil MedRad yang jadi MPP,(kalau menang),.. berpolitik la dengan baik. Buat syok2 sudah.

nurhamizah2u.blogspot.com

...


ada pulak meeting yg bertujuan minta rm50 (problem x reti cari dana) ...

datang2 la semua MedRad...
Rabu, 27/1/2010
DKB
930mlm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails