Alhamdulillah..program 'Segalanya Tentang Wanita' berjalan dengan lancar dan jayanya, insyaAllah..forum pun mantap dengan pengisian yang mantop dari panel-panel yang sangat berkaliber..malah bukan sekadar pelajar Muslim yang datang, tapi pelajar-pelajar India dan Cina turut sama menyertainya..
Macamana bila tua buleh mengeraskan hati?buleh bertambah degil?sebab bila dah tua nanti hati jadi tua jugak ek..ha.ha.ha..tak lawak pun..huhu..kalau lapar, kita cepat-cepat je cari makanan, tak kesah walaupun kedai jauh, tak kesah walaupun mahal ,tak kesah jugak kalau kena makan mi segera je, janji perut tak mendendangkan lagu entah apa-apa..
Tapi..kita tak pernah lak terasa nak bagi makanan kat hati kita nie..biar je ianya lonely..tak pernah kesah..sebab apa?sebab kita tak nampak, kita tak rasa, eh bukan kita tak rasa, tapi kita seolah-olah tak merasainya sedangkan tiap-tiap hari ia minta diberi makanan, kita yang tak sedar...
Hmm..apa signalnya yang menunjukkan hati kita nie lapar?..takyah tipu la hidup kita nie takda kesusahan, takyah tipu la konon-kononnya kita nie hepi je sokmo, kekadang rasa serabut, terasa kosong je, terasa cam ada sesuatu yang hilang, cam tak cukup je..sebab aku pun tak terlepas rasa macam tue..malah pernah tertekan sampai terpaksa jumpa pakar dua bulan sekali selama 4 tahun duk telan ubat..satu je ubatnya sebenarnya..
Makanan untuk hati..jawapannya hanya pada Pencipta hati tersebut..nak senaraikan panjang la post nie..terlampau banyak..dan salah satunya cukup mudah..adalah menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu..tercari-cari jugak manalah kosmate-kosmate ku yang disayangi pada malam forum tersebut..dan agak kecewa..namun, insyaAllah, bersangka baik, mungkin masing-masing ada urusan yang lebih baik dari memberi makanan pada hati, mungkin balik untuk menyejukkan hati dengan melihat ibu bapa tersayang, insyaAllah^_^
Semoga kita menjadi insan-insan yang dirahmati Allah..kerana peluang kita untuk ke syurga hanyalah dengan rahmat Allah, setiap amalan-amalan kita jika ditimbang langsung tidak membawa perubahan pada dancing penimbang amalan kita, tiada nilai pun..mohonlah padaNya..
'Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya'
(al-Hajj ayat 40)
www.kehijauanaurora.blogpsot.com
(al-Hajj ayat 40)
www.kehijauanaurora.blogpsot.com
Amin....
ReplyDelete