Wednesday, December 23, 2009

Cerita Hantu ..

jom baca jap,best gak ni....

Mencari Hantu Di Kubur Cina...


Hari itu saya menziarahi Dr Jamaludin di Klinik AuraMetafizik untuk bertukar-tukar pendapat, banyak yang kami bincangkan terutamanya berkenaan dengan kaedah mind travel dan scanning didalam rawatan.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan dari seseorang yang mengadu rakannya diganggu makhluk halus. Setelah temujanji ditetapkan, saya bergegas pulang untuk merawat pesakit.

Pada mulanya pesakit tidak mahu bertemu dengan saya, beliau hanya menunggu dan menangis di kereta. Sehinggalah saya terpaksa mengugut jin tersebut untuk melepaskan pesakit, barulah pesakit turun dari kereta dan bersedia untuk dirawat.

Apabila masuk saja ke bilik rawatan, pesakit yang masih sedarkan diri menangis dan memberitahu beliau tidak tahu kenapa beliau menangis, cuma beliau merasa tidak tenteram dan tidak tentu arah.

Menurut rakan beliau, baru-baru ini pesakit dan kawan-kawan pergi ke kawasan perkuburan cina di waktu malam bertujuan untuk melihat hantu. Ini mungkin akibat pengaruh kisah “seekers” di television la ni...

Hantu Kubur Cina yang menganggu pesakit ini berkepala botak dan agak liat untuk meninggalkan pesakit. Dah la tak mati kena sembelih... cuma luka parah je.. setelah saya dera jin itu dengan jurus “karan otak”.. { nama ni saya reka sendiri ;-p }, akhirnya dia mengaku yang dia tak reti nak balik. Dalam hati saya berkata "iyo ko..?"... macam standard answer je.. Dengan izin Allah saya offer jin tu untuk hantar dia sampai kubur cina.. barulah dia setuju...

Tiba-tiba jin tersebut membuat isyarat sembah dengan kedua-dua tapak tangan di cantumkan di dada… saya lihat macam cerita hantu keranda dalam astro box office la pulak.. Rupa-rupanya jin tu nak keluar..

Nasihat saya pada adik-adik sekelian, jangan main-main dengan kawasan perkuburan, dan jangan mencari-cari hantu. Tak ada faedahnya. Dikhuatiri akan menimbukan masalah pada diri sendiri.

Ada golongan jin yang memang senang kalau nak panggil, kalau panggil main-main pun dia datang, kalau panggil sebab berlakun filem pun dia datang.. apatah lagi kalau panggil betul-betul. Kalau dia datang dan pergi tak mengapa… tapi kalau dia datang dan “menanti” susah dibuatnya..

Kecuali lah kalau anda seorang pengamal perubatan, ianya memang bidang anda untuk mendalami ilmu secara praktikal. Setakat orang awam nak cuba-cuba cari hantu tak payah la... banyak kerja lain lagi...

Wednesday, November 11, 2009

SURAT DARI SETAN UNTUK MU...

Semata2 forward dari email yg den dapat...



Surat Dari Iblis


(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)


SURAT DARI SETAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH..


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun


Sunday, November 8, 2009

Wednesday, October 28, 2009

Majlis Solat hajat dan Ceramah Motivasi Sem I 2009

Tarikh: 29/10/2009
Masa: 10pg - 12tgh
Tempat: Ruang laman tengah PPSK

Tentatif

0930: Kedatangan Pensyarah dan pelajar
1000: Solat hajat dalam bangunan PPSK(akan diberitahu)
1030: Ceramah Motivasi oleh En. Hasni(Peg. Sains MR)
1130: Ucapan dan amanat oleh Timb Dekan.
1200: Jamuan makan(nasi)

Jom,ajak kawan2 ye!!!

Monday, October 5, 2009

Exam dah dekat...


Assalamualaikum...

Minggu depan test maths yg kedua. then tak berapa lama lagi akan keluar la jadual exam untuk sem ni.Ada yang sedang berharap jadual yang lebih awal habis,dan ada pula risau tak sempat study dan harapkan yang jadual exam banyak selang (type ni jenis tak ingat cuti,huhu).

Apa2pun,apa2lah. kalau dapat bersedia awal lagi bagus kan???

Harap semua dapat perform well dalam test2 dan exam2 akan datang! yang penting?? Usaha! Buat blog memanjang tak jadi apa2(heh,utk diri sendiri)

Sebelum mengakhiri post nih,mari sama2 saksikan betapa ketelusan dalam exam dunia hari ni yang kian merosot...(macaman di kelas kita??)



Saturday, September 26, 2009

Trying2 ... masuk video



Last Breath - Ahmad Bukhatir

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,


Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

P/s: ceritalah pengalaman2 masa cuti raya kt cni!!!

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa Muhibah PSK 1430



Butir-butir program


6.30 : berkumpul
6.45 : majlis tahlil
7.15 : berbuka (kurma dan air)
7.30 : jamuan utama
8.15 : solat isyak dan terawikh
9.30 : ceramah (itqun min annar)

SEMUA DIJEMPUT HADIR...

Sunday, September 6, 2009

Sakit Mata!!!

Bila dapat sakit mata...

doktor bagi ubat
1.Chloramphenicol eye drops (ubat titik)
2.Chloramphenicol eye ointment (ubat sapu)

bila makan ubat ni, doktor cakap akan rasa sakit tekak..
bila cek search kt internet,


. terlebih tidur,hehe

P/s: izmer cuti sakit hari ini,dan x dpt dtg kelas selagi tak baik ~ arahan Dr. Syaheeda,PKP..
cuti!!! (woha) .. apa2pun fizix kene study gak... good luck,wassalam...

Thursday, September 3, 2009

happy bufday to aza...

tanggal 3 september bufday aza.. so, sape2 yg x wish lg kat kwn ak ni, sila wish k...
hahaha....
kalo wish tu jgn lupe la bg hdh skali.. jgn wish mulut jew...kuang..kuang..kuang..

Tuesday, September 1, 2009

Medical Radiation USM 8th Batch...

salam semua... salam ramadhan... salam merdeka... salam ape2 lah lagi...

check this out... what do you think...

Free userbars

mende nie leh di post kat korg punye friendster ke, facebook ke, myspace ke... atau ape2 sosial network website lah... tagged pon bleh... klu korg ade join forum leh gak letak sebagai post signature or banner...

forum or signature code (HTML) :
[url=http://sinaran0812.blogspot.com/][img]http://img160.imageshack.us/img160/6125/medradiationrequested.gif[/img][/url]

image url :
http://img229.imageshack.us/img229/8734/34175.png



P/S: KLU NK LETAK KAT FRIENDSTER OR BLOG OR MYSPACE OR FACEBOOK... DO PRIVATE MSG ME... COZ I CANT SHOW IT HERE...

Zakat Fitrah





Alhamdulillah dapat juga selesaikan ujian maths.. harap2 apa yg jawab td leh la ...(dot3) :-)

Agak susah gak..
Ni ada email yg Dr Rahni masa kita tgh test kot..





tapi sekarang tak nak plak cite pasal maths,nak cite pasal Zakat Fitrah.. Harap2 semua tau apa itu zakat fitrah.


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

http://blog.azhad.com/2009/08/kadar-zakat-fitrah-2009-1430h.html




Kalau ada harta lebih sangat,boleh la infakkan denga keluar zakat harta.. Nak kira macamana?? tanya Prof Ahmad Majid dan Prof Rahni ... kat sini,..

http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

atau disini untuk maklumat lanjut

http://www.muftikelantan.gov.my/portal/lang-ms?start=4



Selamat Hari Merdeka belated..



p/s: pagi td lepas test maths gi petronas isi minyak. selalunya rm3 dah full,hr ni x full. bila masuk kelas baru tau minyak dah naik, :-) .. seb baik motor ni jenis save minyak gak!!!

Thursday, August 27, 2009

TAHUKAH ANDA???

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Saturday, August 22, 2009

Nasihat-nasihat menjelang Ramadhan




Tazkirah Ramadhan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami
di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha.... bersedia. ..meminta belas-NYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat diriku,
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

http://aizatzainudin103.blogspot.com/2009/08/andai-kau-tahu

Nasihat-nasihat di Bulan Ramadhan




Jaga Makan.. ada orang yang puasa tapi badan naik,.. daripada menerima kritikan orang yang bersangka buruk(wei,ko xpose ke??) baik lah kiranya kita kurangkan makan... lagipun senang la nak solat terawikh dan buat amal2 sunat...


nanti jadik camni(jgn terliur lak)




Memang tgk air sume sedap,apatah lagi kita berpuasa.. tapi bukan maksudnya kita beli sume.. huhu


Daripada beli2 barang makanan kat bazaar baiklah lagi kalau korang dapat beri masa untuk al-quran dan zikir,hehe..








Dan yang paling penting,kurangkan tidur siang.. insya allah boleh la wat macam2 amal dan study masa siang,lainlah kalau letih sangat..huhu

Semua student USMKK dijemput untuk berbuka puasa di Masjid Pusat Islam .. Ahad –Khamis ..


Jangan lupa terawikh ye…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails