Thursday, August 27, 2009

TAHUKAH ANDA???

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Saturday, August 22, 2009

Nasihat-nasihat menjelang Ramadhan




Tazkirah Ramadhan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami
di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha.... bersedia. ..meminta belas-NYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat diriku,
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

http://aizatzainudin103.blogspot.com/2009/08/andai-kau-tahu

Nasihat-nasihat di Bulan Ramadhan




Jaga Makan.. ada orang yang puasa tapi badan naik,.. daripada menerima kritikan orang yang bersangka buruk(wei,ko xpose ke??) baik lah kiranya kita kurangkan makan... lagipun senang la nak solat terawikh dan buat amal2 sunat...


nanti jadik camni(jgn terliur lak)




Memang tgk air sume sedap,apatah lagi kita berpuasa.. tapi bukan maksudnya kita beli sume.. huhu


Daripada beli2 barang makanan kat bazaar baiklah lagi kalau korang dapat beri masa untuk al-quran dan zikir,hehe..








Dan yang paling penting,kurangkan tidur siang.. insya allah boleh la wat macam2 amal dan study masa siang,lainlah kalau letih sangat..huhu

Semua student USMKK dijemput untuk berbuka puasa di Masjid Pusat Islam .. Ahad –Khamis ..


Jangan lupa terawikh ye…

Saturday, August 15, 2009

Convex 40 USM



(Posted by Izmer)

Assalamualaikum..

Pameran Kesihatan Konvokesyen USM ke-40 hampir menuju ke penghujungnya. Pelbagai kenangan dan pengalaman baru yang kami peserta2 convex 40 peroleh. Di sini suasana sangat berbeza,walaupun bagi sesetengah orang ia kelihatan sama saja. Kesibukan bandar, jumlah pelajar yang ramai,dan lalulintas yang sibuk berbanding di dalam kampus kesihatan.

Yang paling menarik tentu ketika kami di dalam dewan pameran, di DK U. berceramah macamlah tahu semua,bila di tanya benda2 yang dah terlupa,baru ternganga.huhu. tapi yang penting bagaimana semua ahli convex 40 boleh tersenyum walaupun dalam keadaan letih dan penat bercakap. Round2 semua booth.. amik sovenir dr booth len,itu yang ‘kebanyakan’ kami buat.

Yang paling best di stesen MR bila org semua nak sovenir kami,yang dibuat dari riben. Akhirnya terpaksalah ditambah dengan sovenir lain sebagai backup. Semua tu tak jadi masalah sangat,sebab sebelum mereka dapat apa2 dr booth kami,kenalah dengar ceramah suku jam,huhu.kami pn lebih kurang juga,saja2 amik bookmark dari stesen len,amik gigi kt dental, dan gula2 di booth yang ada gula2.

Penat? Tak lah penat sangat,sebab kerja berbahagi dengan shift. Lari sana, lari sini dah hilang banyak masa dah. So tak lah boring sangat. Penat bila kami jalan2 di Queensbay (actually malam2 hampir semua gi jalan2 dgn bas USM di Bukit Jambul,Qeensbay,ect2..),shopping-mopping kat tapak pesta konvo, dan jalan2 kt dewan pameran lain(yang ada lagi di Dewan Eureka untk Main Campus dan Engin). Lagi penatnya bila terpaksa belajar jalan di USM secara manual(tanpa peta). Kalau 1st timer berpeluh juga sebab guna jalan jauh.

Apa yang paling best?? Jumpa kawan2. Kawan2 masa sekolah, matriks. Kalau aku la,ak jumpa ramai kawan matriks. Paling ramai dari farmasi. Anha,Adib,Maliki, dan actually x jumpa beberapa kawan yang datang masa bukan shift aku. Tapi xpe,at least diorg ad try amik measurement kt stesen sport scs,ukur fat percentage kt ntrition,BMI kt dietitic,dan cek telinga kt adio. Tidak dilupakan forensic dan alternative med yg very interesting,tgh2nya biomed yg jd stesen dracula,huhu..


Tak dilupakan juga senior2 yg datang dan mengajar lax, selain ex-senior cam abg limi dan beberapa org akak yang sambung masters kt cni

Errrrr, tu la lebih kurang laporan hidup di sini.. papepun alhamdulillah kami semua rajin pakai mask dan xde kene flu yg serius. Cuma hr ni kene screening b4 ke KK balik.

Wassalam


p/s: special thnax to ammar frm school of comp sc (kawan matriks) sebab tolong format laptop aku,huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails